Konfigurasi jenis apl/sambungan yang dibenarkan

Mengawal jenis apl/sambungan yang dibenarkan untuk dipasang dan mengehadkan akses waktu jalan.

Tetapan ini menyenarai putih jenis sambungan/apl yang boleh dipasang pada Google Chrome dan hos yang sambungan/apl ini dibenarkan berinteraksi. Nilainya merupakan senarai rentetan, yang setiap satunya haruslah satu daripada berikut: "extension", "theme", "user_script", "hosted_app", "legacy_packaged_app", "platform_app". Lihat dokumentasi sambungan Google Chrome untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis ini.

Ambil perhatian bahawa dasar ini turut mempengaruhi sambungan dan apl yang dipasang paksa melalui ExtensionInstallForcelist.

Jika tetapan ini dikonfigurasi, jenis sambungan/apl yang tidak terdapat dalam senarai tidak akan dipasang.

Jika tetapan ini dibiarkan tanpa dikonfigurasi, tiada pengehadan dikenakan terhadap jenis sambungan/apl yang diterima.


Supported on: Microsoft Windows XP SP2 atau lebih baharu
Jenis sambungan/apl yang boleh dipasang

Registry HiveHKEY_LOCAL_MACHINE or HKEY_CURRENT_USER
Registry PathSoftware\Policies\Google\Chrome\ExtensionAllowedTypes
Value Name{number}
Value TypeREG_SZ
Default Value

chrome.admx

Administrative Templates (Computers)

Administrative Templates (Users)